Rabu, 8 Januari 2014

DIARI KEHAMILAN KU~ ~

Bismillah...Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera sahabat... :-)

Entri kali ini fiza ingin berkongsi pengalaman-pengalaman saat mengandung anak kedua ni...
Syukur Alhamdulillah ke hadrat illahi...masih diberikan kesihatan yang baik sehingga hari ini...
Pejam celik pejam celik kandungan kedua saya ni dah masuk trimester yang ke 3...cepat sungguh masa berlalu kan?? Tak banyak beza dengan kehamilan anak pertama. Tiada komplikasi atau masalah yang serius sepanjang mengandung...cuma masalah biasa seperti morning sickness,mild anaemia dan keletihan.

Sepanjang kehamilan, fiza hanya mengambil vitamin yang doktor bagi je...untuk menambah khasiat dan zat makanan...selain itu,fiza mengambil suplement tambahan dari jenama SHAKLEE iaitu ESP (Energizing Soy Protein) untuk menambah tenaga..biasa kan...ibu hamil sering keletihan dari kebiasaannya...jadi,harus mengambil suplement tambahan untuk menjalani aktiviti harian.

Bercakap tentang ESP <3 ...
ESP adalah minuman protein dari soya yang terbaik dan mengandungi kesemua jenis 9 asid amino yang diperlukan oleh badan. Asid amino sangat penting berfungsi sebagai bahan dalam pembinaan dan pembaikan sel,ia sangat diperlukan dalam tindakbalas enzim dan kimia badan serta fungsi tubuh sistem badan. Pengambilan ESP oleh ibu mengandung sangat membantu masalah keletihan akibat morning sickness,kandungan yang semakin membesar dan ibu yang aktif seperti saya...hehee...surirumah la katakan... Ia membekalkan tenaga selama berjam-jam serta membantu mengurangkan masalah pedih ulu hati dan rasa  lapar yang berlebihan semasa mengandung.

Yang paling best sekali,hamil kali ini sangat berbeza dengan kehamilan yang pertama..kerana kulit saya tak kering...dan berasa lembap je walaupun x pakai losyen...stretch marks pun x bnyk dan x gatal...xde garu2 dh...tekanan darah stabil je..HB pun normal tau...daripada kehamilan pertama yang asyik kena pen merah je bila follow up...hehee...


Haa...inilah ESP pertama yang saya beli <3
Masa ni saya beli dengan pengedar di Kuching..belum jadi ahli lagi masa ni..
Saya bersyukur sangat-sangat kerana diperkenalkan dengan ESP shaklee yang super duper hebat ni. Semoga baby dalam rahim ni membesar dengan sihat dan kuat ye.. :-) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan